CREATIVE NETWORK INTERNATIONAL

Monday, September 13, 2010

kardiovaskular




Apakah hipertensi dan apakah puncanya?
Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah
darah yang tekanan tinggi di dalam arteri. Arteri
adalah pembuluh yang membawa darah dari
jantung ke semua tisu dan organ tubuh badan
kita. Tekanan darah yang normal adalah di
bawah 120/80; tekanan darah antara 120/80
dan 139/89 dikenali sebagai “pra-hipertensi”,
dan tekanan darah 140/90 ke atas dianggap
tinggi. Dalam 95% kes hipertensi, puncanya
tidak diketahui yang menyebabkan ia digelar
“pembunuh dalam senyap”. Dalam 5% kes lain,
punca spesifik dikenali dan pesakit dikatakan
mengidap “hipertensi sekunder” yang puncanya
termasuklah kegagalan fungsi buah pinggang,
pengecilan arteri ke buah pinggang dan pelbagai
masalah hormon lain.

Bagaimana pengecilan arteri berlaku?
Pengecilan dinding arteri, yang dikenali sebagai
Aterosklerosis atau ateroma, adalah proses
pengerasan arteri. Semasa kecil, pembuluh
darah kita kenyal dan elastik dan darah dapat
mengalir dengan mudah melaluinya. Apabila
umur kita semakin meningkat, mendapan lemak
mula terkumpul pada dinding arteri dan perlahanlahan
membentuk gumpalan-gumpalan yang
menyumbat arteri, seterusnya mengurangkan
kelancaran pengaliran darah melaluinya.

Apakah pemakanan terbaik untuk
menyingkirkan mendapan lemak dalam arteri?
Persatuan Jantung Amerika Syarikat dan Institut
Kanser Nasional menyarankan rancangan
pemakanan menyeluruh yang menekankan jenisjenis
makanan yang patut dimakan dan bukannya
jenis-jenis makanan yang patut dielakkan. Buahbuahan,
sayur-sayuran, karbohidrat kompleks dan
produk tenusu rendah lemak secara relatifnya
lebih rendah lemak, lemak tepu, kolesterol dan
garam serta lebih tinggi kandungan potasium,
magnesium serta kalsium berbanding diet biasa.

Apakah makanan tambahan terbaik untuk
hipertensi bagi mengurangkan Lipoprotein
Ketumpatan Rendah (LDL)?
Omega-3 terkenal dengan keupayaannya
mengawal hipertensi. Omega-3 mempunyai
fungsi mencairkan darah yang dapat menghalang
pengerasan arteri. Kelebihan ini menjadikan
minyak omega-3 nutrien yang berkhasiat untuk
mengurangkan hipertensi dan penyakit jantung
lain seperti aterosklerosis, penyakit Reynard,
serangan sakit jantung dan strok.

  • HARGA : RM 75.00
  • 30 BIJI
  • KOS PENGHANTARAN PERCUMA APABILA 
  • MEMBUAT PEMBELIAN 5 BOTOL KE ATAS




CNI OMEGA 3

TM